Jom buat sarapan pagi mudah dan cepat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti John

Jom buat sarapan pagi mudah dan cepat.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji roti panjang dipotong dua di tengahnya
  • 1 tin tuna (guna sardin pun boleh)
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
  • 1 biji lada benggala dipotong dadu kecil (nak pakai cili merah pun takpe)
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Mentega
  • Krim keju
  • 1/2 biji lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk sediakan inti (Bahan A) -Pukul telur di dalam bekas. Kemudian masukan tuna, lada, bawang, perahkan sedikit lemon dan sedikit garam.
  • Panaskan kuali leper, letak sedikit mentega. Sapukan roti dengan krim keju. Ambil 2 sudu bahan A letak di dalam kuali secara memanjang ikut saiz roti kemudian letakkan roti di atasnya. Tunggu 2-3 minit terbalikkannya. Inti tersebut akan melekat di permukaan roti tadi. Ulangi sampai roti itu habis.
  • Siap untuk disantap bersama.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN