boleh juga digunakan untuk roti canai kosong dan murtabak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Canai Telur

boleh juga digunakan untuk roti canai kosong dan murtabak

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sb susu pekat
  • secubit garam
  • 1/2 – 1 cawan air
  • 1 sb minyak/marjerin/mentega
  • marjerin/mentega-untuk salutan
  • 3 biji telur – dipukul(saya gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)
  • Minyak-untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
  • Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung)
  • Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.
  • Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega. Simpan beberapa jam sebelum digunakan.
  • Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. Letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.
  • Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.
  • Sesuai dihidangkan bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN