Resipi kafe. Ciptaan suami.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rojak Buah Panggilan Pulau

Resipi kafe. Ciptaan suami.

BAHAN-BAHAN

  • Kuah Rojak:
  • 20 tangkai cili kering (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Belacan sebesar ibu jari (dibakar)
  • 5 sudu besar otak udang
  • 5 sudu besar sos tiram
  • Sebotol kecil kicap lemak (saya guna cap Tamin)
  • Garam dan bijan secukup rasa
  • Buah-buahan:
  • Nenas
  • Jambu air
  • Timun
  • Sengkuang
  • Mangga/pauh muda
  • Kedondong
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam cili dengan air panas kemudian goreng tanpa minyak hingga kering. Bakar belacan hingga naik bau.
  • Kisar cili, gula pasir, gula perang, belacan, otak udang, sos tiram dan kicap bersama air hingga betul-betul halus.
  • Masak bahan kisar ini di atas api kecil hingga pekat dan licin. Hendaklah sentiasa mengacaunya untuk mengelakkan ianya menjadi gula hangus. Tambahkan air jika perlu. Tambahkan garam secukup rasa. Bila sudah pekat, tambahkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak. Bolehlah diangkat dan dibiarkan sejuk.
  • Potong buah mengikut citarasa anda. Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kuah rojak yang telah sejuk. Taburkan kacang tumbuk jika suka. Sedia dihidang.
  • Nota: Kuah rojak ini boleh juga dibuat kuah untuk sotong kangkung. Simpan kuah rojak ini di dalam peti sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN