cendawan

Cendawan merupakan salah satu jenis sayuran yang memang sedap jika dimasukkan dalam menu sup. Ada pelbagai jenis cendawan yang boleh dimasak sesuai dengan jenis cendawan tersebut.

Walau bagaimanapun cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.

Artikel berkaitan: Makanan Dalam Peti Sejuk Pun Boleh Basi? ‘Check’ Balik 5 Kesilapan Ini Masa Simpan

Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.

Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama. Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.

Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.

Cara Mudah Pastikan Cendawan Tidak Lembik & Kekal Segar

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan segar
  • Kertas surat khabar

CARA-CARA:

  • Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
  • Tanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
  • Simpan dalam peti sejuk.
  • Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.

Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.

Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih sebelum anda ingin gunakannya semasa memasak.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN