Bagaimana cara nak masak Risotto Bebola Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Risotto Bebola Ayam

Bagaimana cara nak masak Risotto Bebola Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras Basmati 
  • 5 sudu makan mentega 
  • 1 inci halia (Dihiris)                
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)   
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 4 cawan air 
  • 1 kiub pati ayam 
  • 1 tin jagung biji (Kennel) 
  • 20 biji bebola ayam 
  • Garam secukup rasa 
  • 3 biji cili hijau (Dipotong dadu)
  • 2 biji cili merah (Dipotong dadu)            
  • ½ cawan bawang goreng 
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan sama paras dengan air selama 30 minit. 
    2. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bahan yang dihiris, buah pelaga, dan kulit kayu manis sehingga wangi. 
    3. Masukkan bebola ayam. Gorengkan sehingga bebola agak garing. 
    4. Masukkan beras, jagung biji, kiub pati ayam, air, cili merah, cili hijau, dan garam ke dalam periuk elektrik. 
    5. Tuangkan semua bahan gorengan di dalam kuali ke dalam periuk nasi elektrik dan kacau rata. Biarkan sehingga nasi masak. 
    6. Gemburkan nasi dan hidang. Taburkan bawang goreng. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN