Resipi yang Chef Ramsay selalu masak dalam Hell’s Kitchen. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Resipi Lamb Wellington

Resipi yang Chef Ramsay selalu masak dalam Hell’s Kitchen. :)

BAHAN-BAHAN

  • 50g butter
  • 1/2 ulas bawang merah dipotong halus
  • 150g mushroom dalam tin dipotong
  • 1 sudu besar minyak zaiton
  • 300g daging kambing (bahagian rack of lamb yang dibuang tulang)
  • 1 keping ready made puff pastry
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 180’C.
  • Griskan dulang dengan butter.
  • Cairkan butter. Pindahkan 1 sudu besar butter cair ke dalam mangkuk. Masukkan bawang dan mushroom serta goreng antara 2-3 minit sehingga mushroom tidak lagi basah.
  • Sementara itu panaskan minyak zaiton dan goreng lamb buat seketika. Daging akan bertukar kepada warna perang. Jangan sampai garing. Pindahkan ke pinggan.
  • Ambil separuh daripada mushroom goreng tadi dan letakkan di atas lamb. Balut lamb dengan puff pastry. Lamb berbalut puff pastry ni dinamakan lamb wellington.
  • Letakkan lamb wellington tadi di atas dulang dan sapukan dengan lebihan butter cair tadi.
  • Bakar selama 12-15 minit atau sehingga lamb wellington bertukar warna keemasan.
  • Potong lamb wellington dan hidangkan bersama baki mushroom tadi. Sesuai dimakan bersama sos black pepper atau brown sauce.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN