atas permintaan kaklong yg inginkan respi rendang tok. tp akk x psti yg ni rendang tok @ bkn.tp mak mertua memang org Perak. bila dia msk rendang ni, memang sedap, kering bergolek saja daging tu, serdaknya yg banyak & kering tu sdp sgt bila dimkn brsama roti, lempeng dll…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

rendang mak mertua kakbesah

atas permintaan kaklong yg inginkan respi rendang tok. tp akk x psti yg ni rendang tok @ bkn.tp mak mertua memang org Perak. bila dia msk rendang ni, memang sedap, kering bergolek saja daging tu, serdaknya yg banyak & kering tu sdp sgt bila dimkn brsama roti, lempeng dll…

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging – dipotong agak besar +- 5cm
  • 15-20 tangkai cili kering*
  • 1/2 kg bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3 cm halia* & 3cm lengkuas*
  • 4 batang serai di ketuk.
  • santan dari 3 biji kelapa
  • 4 sudu mkn jintan manis#
  • 4 sudu mkn jintan putih#
  • 4 sudu mkn biji ketumbar#
  • 2 sudu mkn lada hitam# (abaikn if x thn pdas)
  • semangkuk kerisek (+- 300g) – kurang pun xpe.
  • 2 keping asam keping/gelugur
  • gula kabung/merah secukup rasa
  • 5-7 helai daun limau purut – dikoyak2
  • 2 helai daun kunyit disimpul
  • beberapa batang kulit kayu manis & bunga lawang (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • kisar bahan2 bertanda*, kemudian masak dlm kuali bersama daging, santan, serai & asam keping. masak dgn api sederhana saja. biar daging mengempuk & kuah mengering.
  • sementara itu, sangrai/sangai jintan2 & ketumbar hingga wangi & garing. (jgn smpai hangus yer..) lpastu bila dh sjuk skit, blend kering bersama lada hitam hingga halus. jgn buka penutup blender, nnti aroma akn terbebas..hehe..
  • bila kuah telah kering, masukkan, rempahan kisar, daun purut, daun kunyit. kerisek, garam & gula. perlahankan api sambil terus memasak lg.suaikanlah rasanya.
  • arwah mak mertua masak rendang ni dgn lama hingga rencah/gravy nya kering, serai tu sampai jd berambu2 mcm rambu2 tali plastik ‘pom pom girl’ hehe.. daging tu kering bergolek, tp lembut.
  • ~siapa yg suka berdesing bleh la tambah cili api, tp mak x bubuh.
  • ~siapa yg suka bleh la bubuh isi kelapa yg dihiris nipis2 ke dlm rendang ni. tp mak x bubuh..
  • itu saja lah kot.. hehe.. p/s sbenarnya akk segan nk letak respi rendang ni kat sini, coz setiap kali akk msk rendang ni walaupun ikut respi arwah opah diorang..tp, tetap x bleh sama rasanya dgn mak mertua akk punya. dia msk dgn sabar, api kecik, gravy dia bewarna gelap & sedap, cukup rasa asam garamnya.. berbulan simpan dlm esbok pun tahan. pastu sbb daging dipotong besar, bila kita ketuk2 sikit dlm lesung, pnaskan balik,jd la cam serunding.. bila msk rendang ni dia buat banyak sbb bleh simpan lama.
  • ~rendang yg dlm gambar di atas tu jgn dicontohi, itu rendang org malas.. separuh jalan..(tp dh msk..) masing2 dah x sabar nk ngap!! adooii..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN