Dapat resepi ni dari kawan. 1st time try.. terus terpikat! Tak kering macam rendang biasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 1min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Daging Sedap

Dapat resepi ni dari kawan. 1st time try.. terus terpikat! Tak kering macam rendang biasa.

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging – potong kecil-kecil
  • 2 peket kecil rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa -ambil santannya
  • Garam
  • Gula melaka / gula
  • Sedikit air asam jawa
  • **BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 – 1/2 cm halia
  • 1 – 1/2 cm lengkuas
  • 15 – 20 biji cili kering
  • **BAHAN MAYANG **
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  • Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2 – 3 minit. Kemudian masukkan santan.
  • Bila agak-agak daging sudah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  • Bila daging sudah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  • PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN