kek yg moist dengan care2 yang mudah,sesuai dimakan bila-bila masa… :)…kek boleh juga dikukus seperti dalam laporan bergambar oleh nurizzati (29.11.11)…mekaseh izzati.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Red Velvet Cheezy Marble Cake / Cupcake™

kek yg moist dengan care2 yang mudah,sesuai dimakan bila-bila masa… :)…kek boleh juga dikukus seperti dalam laporan bergambar oleh nurizzati (29.11.11)…mekaseh izzati.. :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :-
  • 300 g gula halus/castor (1 1/4 cwn)
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair (1 cwn)
  • 2 biji telur
  • Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt (1 cwn) – akak guna susu cair
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
  • Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 g tepung naik sendiri (2 3/4 cwn)
  • 2-3 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
  • Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
  • Bahan Cheese :-
  • 250 g cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  • Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  • Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  • Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  • Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  • Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  • Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
  • Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
  • Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
  • Bakar selama 20 min atau hingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN