Masa masak : 30 minit

Red Velvet cake memang popular sekarang dan kalau beli kat kedai mmg harganya mahal jadi lebih jimat kalau buat sendiri dan rasanya mmg sedap tambah2 lagi frostingnya daripada creamcheese! :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Red Velvet cake dgn frosting Cream Cheese

Masa masak : 30 minit

Red Velvet cake memang popular sekarang dan kalau beli kat kedai mmg harganya mahal jadi lebih jimat kalau buat sendiri dan rasanya mmg sedap tambah2 lagi frostingnya daripada creamcheese! :D

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan mentega kalau boleh beli Buttercup – Pastikan ianya telah dilembutkan dan berada dalam suhu bilik.

  • 2 1 / 2 cawan gula icing
  • 6 biji telur (saiz sederhana ke besar)
  • 3 cawan tepung naik sendiri
    (Jika anda menggunakan tepung gandum, untuk setiap cawan tepung gandum, tambah setengah sudu teh garam dan satu setengah sudu teh baking powder (rahsia buat sendiri tepung naik sendiri)
  • 230 gram krim masam “sour cream” (boleh guna krim rendah lemak atau yg berlemak, pilihan anda. Saya suka yang full-cream)
  • 2 sudu teh Vanilla Essence
  • 3 sudu makan serbuk coklat yang tanpa pemanis.
  • 1 botol atau separuh botol pewarna makanan merah, ikut suka anda. Kalau pakai pewarna merah cair boleh letak sebotol tapi kalau guna pewarna jenis paste, letak sikit je sebab nnt pekat sangat warna dia dan rasa tak sedap.
  • **pewarna merah mmg perlu sebab nama kek ni pun RED VELVET ;)
  • BAHAN UNTUK FROSTING CREAMCHEESE :
  • 350 gram Cream Cheese (jika anda pilih yang fat-free, dikhuatiri mungkin agak susah untuk dapatkan konsistensi frosting yang mudah untuk oles diatas kek nanti. Saya cadangkan gunakan cream cheese yang biasa) – Pastikan ia telah dilembutkan dan berada dala
  • 1 1/2 buku butter – Pastikan ia telah dilembutkan dan berada dalam suhu bilik.
  • 1 1/2 sudu teh vanilla essence
  • 1 1/2 cawan gula halus (confectioner sugar) – boleh dikurangkan jika mahu kurang manis ikut citarasa
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul 1 cawan mentega dengan kelajuan sederhana menggunakan pengadun elektrik ataupun boleh juga guna tangan, pukul sehingga warna sedikit putih dan kental.
  • Secara berperingkat tambah 2 1 / 2 cawan gula, terus pukul hingga menjadi ringan dan mengembang
  • Tambah 6 butir telur, satu per satu, bila dah sebati baru masukkan sebiji lagi, ulang sampai habis semua 6 biji. Jangan masuk sekaligus tau.
  • Sediakan dalam mangkuk yang lain campuran 3 cawan tepung naik sendiri dan 3 sudu makan serbuk coklat tanpa pemanis. Gaul sampai sebati
  • Kemudian, masukkan campuran tepung dan serbuk coklat tadi kedalam acuan mentega, masukkan sedikit-sedikit disamping itu masukkan juga 230 gram Krim masam secara sedikit-sedikit. Pukul hingga semua adunan sebati. Setelah itu, bolehlah masukkan pewarna merah dan kacau hingga adunan sebati menggunakan spatula. :) Adunan kek telahpun siap untuk dibakar.
  • FROSTING CREAMCHEESE :
  • Campurakan cream cheese, butter dan vanilla essence. Pukul gunakan pengadun elektrik. Pastikan cream cheese dan butter berada dalam suhu bilik, kalau sedang keras dan sejuk tak menjadi.
  • Selepas campuran tadi sebati, masukkan pula gula halus (confectioner sugar) secara sedikit-sedikit dan pukul adunan sehingga sebati.
  • **PENTING :
  • Jika campuran frosting anda kelihatan terlalu pekat dikhuatiri susah nak oles atas kek nanti, boleh masukkan sedikit susu hingga acuan kelihatan “spreadable”
  • Jika campuran frosting anda kelihatan cair, bolehlah masukkan sedikit gula halus (confectioner sugar) dan sedikit tepung mungkin 1 atau 2 sudu besar atau sehingga anda berpuas hati dengan tekstur frosting anda, apa yang penting ia tidak terlalu pekat atau cair :)
  • Ingat! sebelum anda mula oleskan frosting creamcheese keatas kek, pastikan kek telah sejuk dan berada dalam suhu bilik. Frosting creamcheese juga perlu disimpan didalam peti sejuk untuk beberapa ketika sehingga ianya menjadi lebih padu sebab kalau terus oleh biasanya tekstur masih belum padu dan padat nanti frosting tak menjadi pulak :)
  • UNTUK HIASAN :
  • Sebenarnya ianya pilihan anda. Red Velvet kek dahpun siap cuma jika anda nak tambah apa2 atas frosting tu tak menjadi masalah. Saya gemar taburkan cranberry kering dan kacang walnut yang ditumbuk untuk memberi lebih keceriaan pada kek tu dan menambah keenakkannya sebab dapat makan kek yang lembut, frosting creamcheese yang lemak dan kacang yang “crunchy” tak lupa cranberry kering yang manis2 buah! sedapnya!
  • **NOTA KAKI :
  • Untuk layering kek, mudah sahaja, gunakan spatula dan sapukan frosting creamcheese secara merata, jangan tebal sangat jangan nipis sangat. Ulang untuk layer kedua dan ketiga :)

    Kemudian, JANGAN oleskan frosting diatas terlebih dahulu. Oleskan frosting di tepi kek dahulu ini rahsia supaya anda boleh pegang diatas kek untuk balancekan kek masa oles frosting. Kalau frosting terus dari atas nanti anda dah tak dapat pegang kek untuk balacing. Lepas tu baru oleskan frosting diatas.

  • Jangan lupa! gunakan wax paper dalam dulang pembakar anda supaya kek anda keluar dengan cantik dan tak melekat. Caranya, oleskan butter, tabur sedikit tepung. Masukkan wax paper mengikut ukuran dulang pembakar anda. Oleskan butter diatasnya dan taburkan sedikit tepung. itu sahaja!
  • Kek ini sesuai dihidangkan pada hari-hari istimewa pilihan anda, ianya pasti lebih membawa makna kerana ia dibuat sendiri oleh anda untuk yang tersayang. Saya memilih untuk membuat RED VELVET cake sempena hari ibu! SELAMAT MENCUBA ! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN