Kek keju yang tak perlu dibakar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rare Cheesecake

Kek keju yang tak perlu dibakar.

BAHAN-BAHAN

  • 100g biskut
  • 45g mentega – dicairkan
  • 250g krim keju
  • 200g aiskrim vanila
  • 40ml jus lemon
  • 30g gula halus
  • 40ml susu segar
  • 10g gelatin + 3 sudu besar air
  • *2 biji epal merah
  • *50g gula
  • *3 sudu besar jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  • Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam loyang, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  • Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
  • Pukul krim keju sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan pula aiskrim dan jus lemon. Kacau biar semuanya bercampur.
  • Lepas tu masukkan pula epal yang telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
  • Akhir sekali curahkan adunan ke dalam loyang tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
  • Bila kek dah keras tu bolehlah dihias ikut citarasa sendiri.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN