Bagaimana cara nak masak Puyu Sambal Bunga Kantan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puyu Sambal Bunga Kantan

Bagaimana cara nak masak Puyu Sambal Bunga Kantan?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan puyu (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 5 biji cili merah 
  • 10 biji cili api (Mengikut cita rasa) 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 7 biji bawang merah 
  • (Cili merah, cili api, bawang putih dikisar bersama bawang merah)
  • 2 tangkai bunga kantan (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 5 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • Minyak bagi menggoreng 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan. 
    2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan. 
    3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
    4. Masukkan garam, bunga kantan, dan bawang besar. Kemudian kacau rata. 
    5. Tutup api dan masukkan perahan limau. Kemudian kacau lagi. 
    6. Angkat dan tuangkan ke atas ikan. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN