sesuai dimakan waktu berbuka @ untuk minum petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puteri Mandi

sesuai dimakan waktu berbuka @ untuk minum petang

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil air kapur
  • air secukupnya
  • pewarna makanan
  • 1/2 biji kelapa parut putih – lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
  • 1/2 cawan gula – kalau suka manis boleh tambah
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2…so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.
  • Sementara tu didihkan setengah periuk air.
  • Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.
  • Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk….ini untuk mengelakkan ‘puteri-puteri’ tadi melekat.
  • Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  • Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
  • Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN