resipi mak… sedappp, saya suke rasanya sebab tak cepat muak bila dimakan walopun rasanya lemak2 manis….. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puteri Dua Sebilik @ Tepung Bungkus

resipi mak… sedappp, saya suke rasanya sebab tak cepat muak bila dimakan walopun rasanya lemak2 manis….. :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
  • 3/4 cawan air
  • 1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
  • secubit garam
  • Bahan-Bahan B (Untuk “2 Orang Puteri”)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • secubit garam
  • 2 pewarna kegemaran (saye pakai pink & hijau)
  • Bahan-Bahan C (Untuk ‘Bilik Puteri’)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 1 sk garam
  • Daun pisang secukupnya – dilayurkan terlebih dahulu.
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk Inti Kelapa
  • dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
  • bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
  • bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.
  • untuk Bahan-Bahan B @ ‘2 Orang Puteri’
  • campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.
  • Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
  • Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
  • ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.
  • Untuk Bahan-Bahan C @ ‘Bilik Puteri’
  • masukkan tepung beras, santan pekat, air dan garam kedalam periuk. dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat.
  • ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
  • lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan…
  • ulangi proses 14 & 15 hingga selesai kesemuanya.
  • kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
  • sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang…. Selamat Mencuba!~ q;-)
  • Memandangkan saya tak dapat upload gambar cara2 membuat kuih ni (dah cube tapi x taw npe x leh upload), kawan2 boleh pergi ke http://noorsha.blogspot.com untuk dapatkan gambaran penyediaan dgn lebih jelas…tq.. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN