ringkas dan cepat disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Xpress

ringkas dan cepat disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan pulut
  • 1/3 cawan santan kotak (saya guna cap ayam bebas kolesterol)
  • 2/3 cawan air masak
  • 1/2 st garam
  • 1 st minyak masak
  • 1-2 helai daun pandan (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • cuci beras hingga bersih dan masukkan kesemua bahan dan kacaukan rata. rehatkan sekurang-kurangnya 15 minit.
  • kacau rata kembali dan masukkan dalam bekas yg ada penutup dan pastikan tertutup rapat semasa memasak
  • masukkan dalam ketuhar mikro dan masak pada kepanasan tinggi selama 8 minit
  • keluarkan dan gemburkan pulut seketika. masukkan kembali kedalam ketuhar mikro dan masak kembali pada kepanasan tertinggi selama 4 minit. saya suka masukkan daun pandan time ni.
  • siap dan sedia untuk dimakan dengan sambal, ikan masin, rendang, kuah durian.. mengikut cita rasa kengkawan…
  • bagi penggemar durian, leh laa cuba makan cam saya tu (durian fresh) dan rasakan kelainannya. selamat mencuba :-)
  • TIPS* santan tu boleh guna 1/2 cawan dan air 1/2 cawan… ikut suka kadar kepekatannya… apapun cecair mesti equal ngan pulut 1:1.
    kalau nak buat pulut kuning, boleh rendam ngan serbuk kunyit (20mins) dan buatlah ikut step ni balik

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN