Cara ibu mertua masak pulut kuning
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pulut Kuning Kukus
Cara ibu mertua masak pulut kuning
BAHAN-BAHAN
- 500 gm beras pulut
- 1 camca kecil serbuk kunyit
- Sedikit pewarna kuning
- 500 ml santan – 200 ml santan pekat dicampur dengan 300ml air
- 1 camca kecil garam
CARA PENYEDIAAN
- Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning selama 2 ~ 3 jam. Toskan. Panaskan kukusan.
- Masukkan beras pulut ke dalam loyang pengukus.
- Campurkan garam ke dalam santan dan kacau rata.
- Tuangkan santan ke dalam loyang yang berisi pulut. Ratakan.
- Kukus selama 30 – 40 minit. Siap!!! Sedap dimakan bersama rendang daging @ ayam.
- ** Kalau tak nak pulut kuning, tak perlu masukkan serbuk kunyit dan pewarna semasa merendam pulut.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.