Hidangan turun-temurun yang masih diminati, cuma resipi intinya divariasikan mengikut citarasa masa kini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Inti Kelapa Gula Hangus

Hidangan turun-temurun yang masih diminati, cuma resipi intinya divariasikan mengikut citarasa masa kini.

BAHAN-BAHAN

  • Pulut:
  • 1½ cawan beras pulut
  • 180ml santan dari separuh kelapa
  • 1 sudu kecil garam
  • Inti:
  • 4 sudu besar gula
  • 1½ cawan kelapa parut (putih)
  • 100ml air
  • 1-2 helai daun pandan – bersih & simpulkan
  • 1 sudu kecil tepung gandum/serbaguna
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk masak pulut, kukus seperti biasa, tapi pada yang kurang arif nak mengukus, boleh ikut cara saya:
  • Bersih dan rendamkan pulut semalaman.
  • Sejatkan pulut dan kukus hingga masak. Bawa keluar dari kukusan, letak pulut dalam bekas kemudian arun dengan santan yang telah dicampur dengan garam. Bila siap arun, boleh dikukuskan semula buat 5 minit lagi, atau kalau tak nak pun tak mengapa. Setelah itu, tekan & ratakan pulut dalam bekas.
  • Utk inti:
  • Untuk inti: panaskan kuali dengan api sederhana besar. Masukkan 2 sudu besar gula, hanguskan (sambil tu kacau supaya gula tak terus hangus!). Bila semua gula dah likat keperangan, tambah air, biar ia mendidih kemudian kacau dan masukkan baki gula tadi serta daun pandan.
  • Kurangkan api dan masukkan kelapa parut pula. Kacau hingga inti memekat sikit, dalam 2-3 minit.
  • Akhir sekali taburkan tepung dan kacau untuk 1 minit lagi dan angkat. Siap untuk dihidang dengan pulut tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN