Puding trifle.
* Gambar dari laporan masakan oleh misz_su

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Trifle

Puding trifle.
* Gambar dari laporan masakan oleh misz_su

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air – untuk dicampurkan dengan kastard
  • 1½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur – asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  • Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih. Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  • Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  • Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  • Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  • Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN