Nama pudding ni mmg pnjg sbb xtau nama sebenar puding ni so main letak je nama..tp yg pasti mmg sedap terutama dimakan sejuk..& senang jgk nk buat..thanx utk makchaq yg bg resepi ni! Resepi WAJIB tiap kali raye..Smua rumah aunt2 hidang triffle nih..;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Triffle (Resepi Turun Temurun) kononnye la…ngggee..

Nama pudding ni mmg pnjg sbb xtau nama sebenar puding ni so main letak je nama..tp yg pasti mmg sedap terutama dimakan sejuk..& senang jgk nk buat..thanx utk makchaq yg bg resepi ni! Resepi WAJIB tiap kali raye..Smua rumah aunt2 hidang triffle nih..;)

BAHAN-BAHAN

  • Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding.
  • 3 sudu besar Tepung kastard
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 cawan air
  • 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
  • 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
  • 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
  • 1 cawan air untuk larutkan Jelly
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul)
  • Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
  • Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil)
  • Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
  • Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.
  • Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN