sesuai bagi yang gemarkan susu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Simplicity

sesuai bagi yang gemarkan susu

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping roti sandwic ; 5 keping dikisar bersama 500ml susu segar manakala bakinya dicarik-carik.
  • 1 paket agar-agar kering, 5 cawan air, 1/2 cawan susu cair, 1/2 cawan gula pasir, 3 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 kotak kecil kismis
CARA PENYEDIAAN
  • Masakkan agar-agar kering bersama air hingga larut dan masukkan gula pasir, susu cair dan susu pekat manis.
  • Masukkan roti sandwic yang telah dikisar bersama susu segar ke dalam larutan agar-agar. Kacau rata.
  • Apabila larutan agar-agar dan bahan-bahan tadi sudah masak, sejukkan ke dalam bekas (ikut suka). Tuangkan 3 senduk adunan agar-agar, susun roti sandwic yang telah dicarik-carik, taburkan kismis dan ulangi proses hingga habis.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 12 jam.
  • Puding roti Simplicity yang siap dihidang. ** sebagai pilihan, boleh dimakan bersama susu cair atau sos kastard.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN