Cara penyedian hanya memerlukan antara 30 minit hingga 1 jam.Mudah dan ringkas :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Lumut (Pandan Pudding)

Cara penyedian hanya memerlukan antara 30 minit hingga 1 jam.Mudah dan ringkas :D

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket jelly / agar-agar
  • 1/2 mangkuk santan kelapa
  • 1 cawan gula
  • 10 helai daun pandan (dikisar dengan air untuk mendapatkan jus pandan dalam 1/2 mangkuk)
  • 2 bji telur ayam (dipukul)
  • 2 mangkuk air (atau lebih untuk mencairkan jelly)
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan jelly dalam periuk dengan air.Biarkan hingga mendidih dan sehingga jelly betul-betul cair dan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan gula,kacau hingga cair. Gula boleh sukat sesuka hati lebih atau kurang.
  • Biarkan bahan-bahan tadi mendidih.Sementara itu dalam mangkuk lain campurkan telur yang dipukul tadi bersama santan kelapa. Kacau hingga sebati.
  • Kemudian masukkan pula jus pandan pula ke dalam campuran telur dan santan kelapa tadi. Kacau sebati.
  • Kemudian masukkan semua bahan-bahan campuran tadi (telur,santan,jus pandan) ke dalam jelly mendidih tadi.Kacau dengan api yang besar dan biar ia mendidih dan anda akan melihat bahan-bahan tadi berketul-ketul seperti lumut.Kacau seketika hingga mendidih dan kemudian tutupkan api.
  • Jelly kemudian bolehlah dipindahkan ke dalam loyang aluminium atau mangkuk casserol.Biarkan ia sejuk seketika suhu bilik dan sejukkan/keraskan lah di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN