Kegemaran seisi rumah, sedap di buat semasa cuaca panas-panas begini. Persediaan sejuk.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Koktel Berkuah
Kegemaran seisi rumah, sedap di buat semasa cuaca panas-panas begini. Persediaan sejuk.
BAHAN-BAHAN
- BAHAN UNTUK PUDING
- 1 cawan tepung kastad
- 1 cawan gula
- 5 cawan air
- 1 cawan santan – jgn terlalu pekat
- BAHAN UNTUK KUAH
- 1 tin susu cair
- 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
- 1/2 cawan gula @ sesuai manis
- HIASAN
- Buah-buahan dalam tin
- Nata de coco – optional
- Jelly @ sumi – optional
CARA PENYEDIAAN
- UNTUK PUDING
- Masukkan semua bahan gaul sebati
- Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
- Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
- UNTUK KUAH
- Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
- Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
- Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
- CARA PENYEDIAAN
- Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
- Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
- Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
- Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer
- Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.