Resepi favourite sebab mudah. Kalau di kawasan rumah Kak Ogy bila ada kenduri dan ada Puding Cendol, jiran2 dah tau nih mesti Kak Ogy buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Cendol

Resepi favourite sebab mudah. Kalau di kawasan rumah Kak Ogy bila ada kenduri dan ada Puding Cendol, jiran2 dah tau nih mesti Kak Ogy buat.

BAHAN-BAHAN

  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar – agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar – agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Bagi Lapisan Bawah
  • Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  • Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  • Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
    Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  • Bagi Lapisan Atas
  • Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  • Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  • Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  • Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  • Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN