Resipi daripada kawan sepejabat lama.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Berkuah
Resipi daripada kawan sepejabat lama.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung kastad
- 6 cawan air
- Bahan Kuah:
- 1 tin susu cair
- 1 tin gula (guna tin susu cair)
- 2-3 tin air (ikut suka, jika mahu pekat kurangkan air)
- 2-3 sudu besar tepung kastad (kalau mahu cair tak perlu letak)
- Sebiji telur (pukul dan tapis)
- Kacang tanah – digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sederhana halus
- 1 tin buah-buahan campur/koktel – hiasan
- Sehelai daun pandan/esen vanila
CARA PENYEDIAAN
- Puding:
- Campurkan tepung kastad dan air ke dalam periuk dan dikacau rata. Letakkan di atas api kecil sambil dikacau perlahan sehingga pekat dan berkilat. Kalau sudah gelembung-gelembung masaklah maknanya. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan/loyang.
- Kuah:
- Di dalam bekas sama(jimat bekas) satukan gula, air dan susu cair di atas api yang sederhana besar sambil dikacau rata sehingga gula larut/mendidih.
- Masukkan daun pandan/esen vanila dan telur serta tepung kastad yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata. Bila sudah mendidih, matikan api. Biarkan sejuk barulah diletakkan di dalam peti sejuk.
- Sebelum dihidangkan, potong kecil-kecil/keluarkan puding dari acuan dan tuangkan kuah bersama buah-buahan campur. Taburkan dengan kacang yang ditumbuk tadi.
- Pasti menyelerakan!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.