Sekali-sekala tukar selera…satu lagi resipi guna tepung gandum :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza

Sekali-sekala tukar selera…satu lagi resipi guna tepung gandum :)

BAHAN-BAHAN

  • Doh piza:
  • Bahan A: 250g tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera
  • 1 sudu kecil garam & 1 sudu kecil gula
  • Bahan B: 1½ sudu besar lemak sayuran
  • ½ cawan air suam-suam sejuk
  • 1 biji telur
  • Inti piza: 250g daging cincang (ayam)
  • ½ biji bawang besar yang kuning tu + 2 ulas bawang putih (dua-dua potong dadu)
  • 1 sudu kecil oregano kering
  • 1 sudu kecil perasa piza
  • 2 sudu besar sos tomato & 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar minyak untuk menggoreng
  • Garam secukupnya
  • Lapisan atas piza: 1 biji tomato
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 cawan cendawan butang
  • Keju mozarella yang diparut
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat doh piza: Gaul rata semua bahan A (guna tangan). Kemudian tambahkan lemak sayuran. Gaul lagi sampai dia jadi berbiji-biji kemudian masukkan air & telur; dan gaul lagi.
  • Uli sampai lembut, sekitar dalam 30 minit, pastu buat bentuk bulat (satu tu je) & rehatkn doh dengan meletakkan ia dalam bekas, ditutupi dengan pembalut/plastik. Rehatkan dalam suhu bilik sampai saiz doh naik sekali ganda, biasanya dalam 15-20 minit.
    Lepas doh naik, tumbuk2 kan doh utk kuarkan angin.
  • Pastu bahagikan pada 3 bahagian (terpulang sebab saya buat 3 piza lebih kurang saiz kecik gitu), buat bulat kemudian leperkan guna penggelek, ikut saiz yang anda nak, dan biarkan dia naik sket (dalam 10 minit begitu). Bila naik tu ia tak tebal sangat, 1 – 1.5cm (sebab nak dapatkan piza yang rangup sikit).
  • Cara buat inti piza: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih & merah, masak hingga layu je kemudian masukkan ayam cincang dan seterusnya kacau-kacau. Lepas dalam 2 minit, tambah garam, sos, oregano, perasa piza, kacau-kacau lagi kemudian masakkan sampai ia membeku pastu baru tutup api & ketepikan.
  • Cara sediakan lapisan atas piza: Potong dadu tomato & lada benggala. Cendawan butang tu terpulang nak potong empat atau nipis-nipis (sayuran untuk lapisan atas ni boleh tukar/tambah ikut selera masing-masing).
  • Cara nak bakar piza (mungkin ada cara berbeza tapi ni cara saya buat):
  • Panaskan oven dulu, dalam 170C (suhu oven mungkin berbeza, sebab saya punya macam cepat panas, kene pandai-pandai sendiri).
  • Sapu sos tomato ke serata atas doh, pastu letakkan inti tadi kemudian taburkan semua campuran lapisan atas. Parut sikit mozarella atas piza (sikit je tau).
  • Bakar dalam 10 minit je (atau hingga lapisan bawah tu masak), lepas tu bawak keluar sekejap, baru parut mozarella atas piza tu. Kemudian masukkan balik dalam oven, bakar sekejap je tau, iaitu sampai mozarella tu cair sikit kemudian bawak keluar dari oven. Siap untuk dihidang…dan makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN