Bagaimana cara nak masak Pepes Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pepes Ayam

Bagaimana cara nak masak Pepes Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg isi ayam 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cawan kelapa 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji buah keras 
  • 10 biji cili api 
  • 2 biji cili merah 
  • 2 batang serai 
    (Bawang merah, bawang putih, buah keras, cili api, cili merah & serai dikisar bersama)
  • 2 biji tomato (dicencang ) 
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus) 
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  •  Sedikit daun pisang 
  • Aluminium foil secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong nipis isi ayam dan basuh. Tus kering. 
    2. Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam. 
    3. Gaul sebati kelapa, bahan yang dikisar dengan tomato, daun kunyit, serbuk ketumbar, dan garam. 
    4. Ratakan bahan gaul di atas daun pisang yang dilapikkan dengan aluminium foil. Letakkan ayam dan ratakan lagi baki bahan gaul. 
    5. Bungkus kemas dan bakar di atas kuali selama 20 minit dengan api sederhana. Hidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN