Dari buku “Essential Baking”…memang sedap!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peach Leaf Pie

Dari buku “Essential Baking”…memang sedap!!!!

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN PASTRY:-
  • 300 g tepung gandum, diayak
  • 1/2 camca teh garam
  • 115 g mentega sejuk, didadu
  • 60 g shortening/lemak sayur sejuk, didadu
  • 5 – 6 camca besar air ais
  • BAHAN INTI:-
  • 1 tin besar buah peach berkaleng, toskan
  • 50 g gula halus*
  • 3 camca besar tepung jagung (cornstarch)*
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*
  • 1/2 biji lemon, ambil jusnya*(*disatukan dan kacau rata)
  • 2 camca besar mentega
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, masukkan tepung dan semua bahan2 pastry kecuali air ais. Gaul dengan hujung jari hingga adunan berupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus doh dengan plastic cling dan dingin bekukan 20 minit.
  • UNTUK INTI:- Potong peach kasar2 dan satukan bersama bahan yg disatukan. Ketepikan buat sementara.
  • Keluarkan doh, canai antara 2 lapisan plastik hingga 1/3 cm. Alih ke dalam tin pie berukuran 8 inci dan kemaskan. Gunting lebihan doh dan ketepikan. Masukkan tin pie yg siap dilapik dgn doh ke dalam peti sejuk.
  • Lebihan doh tadi, dicanai nipis dan terap dengan acuan bentuk daun atau potong dengan pisau. Buat garisan seakan2 daun pada setiap kepingan. Kalau boleh dapatkan sekitar 38 – 40 keping.
  • Keluarkan tin pie dari peti sejuk dan isikan inti. Sudu2kan mentega atas inti tadi.
  • Kemudian susun daun2 tadi atas inti bermula dari bahagian bawah hingga ke atas dan sapu dgn kuning telur (dalam gambar mat punya daun tak cukup, sebab tin terbesar..harap maaf!!)
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 40 – 45 minit..Sejukkan sebelum dipotong, boleh dihidangkan bersama ais krim kegemaran…yum..yumm..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN