Salam buat sume warga Myr, K1 kongsikan pau mawar keledek yg istimewa ini untuk semua.. selamat mencuba

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Mawar Keledek

Salam buat sume warga Myr, K1 kongsikan pau mawar keledek yg istimewa ini untuk semua.. selamat mencuba

BAHAN-BAHAN

  • 250gm tepung pau
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula kaster
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar shortening
  • 150gm ubi keledek unggu (rebus dan lecek ketika masih panas)
  • 150ml air
  • Inti

    150gm keledek unggu lecek

    2 sudu besar gula kaster

    2 sudu besar air

CARA PENYEDIAAN
  • Inti : Masak gula dan air hingga larut, masukkan keledek lecek dan kacau hingga rata. Sejukkan dan gentel bulat-bulat.
  • Doh Pau : Kisar ubi keledek, garam dan air hingga halus. Ketepikan.
  • Satukan tepung, susu tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk pengadun. Masukkan keledek kisar dan uli hingga bergaul rata. Masukkan shortening dan uli dengan paddle/tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  • Timbang doh seberat 50gm setiap satu
  • Canai doh bulat dia 10cm. Masukkan inti di tengahnya. Kemudian potong tepinya kepada 6 penjuru
  • Lipat seperti dalam gambar, biarkan bahagian intinya sedikit terbuka, kemudian lipat bahagian arah berlawanan menutup bahagian tengah inti.
  • Seterusnya lipat membentuk kelopak mawar pada arah berlawanan seperti dalam gambar, sembunyikan bahagian hujung tepinya di bahagian bawah. Letak pau di atas sekeping kertas atau plastik.
  • Rehatkan selama 30 minit dengan menutupnya dengan bekas atau kain lembab. Biarkan mengembang.
  • Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  • Inti boleh di ganti dengan inti kacang atau apa saja yang di sukai

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN