Kuih pau mudah… (dapat resepi dari kawan.. teringin sangat nak makan pau hari ni ;)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pau Kacang Hitam
Kuih pau mudah… (dapat resepi dari kawan.. teringin sangat nak makan pau hari ni ;)
BAHAN-BAHAN
- Doh:
- 500 gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh yis
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 1/4 cawan air suam
- Inti:
- 2 genggam kacang hitam / merah
- 6 sudu gula pasir
- Sedikit minyak
CARA PENYEDIAAN
- Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
- Larutkan gula dengan air suam.
- Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
- Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
- Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
- Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
- Sedia untuk dihidang bersama kopi O..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.