my version..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pasembor
my version..
BAHAN-BAHAN
- **Bahan cucur udang**
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan udang
- 2 biji bawang kecil
- 1 sudu besar cili boh
- garam
- air untuk bancuh tepung
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- **Bahan cucur kelapa**
- 1 cawan tepung gamdum
- 3/4 cawan kelapa (saya guna kelapa kering jerr)
- garam
- air untuk membancuh
- **Bahan kuah**
- 1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk)
- 2-3 biji bawang kecil
- 1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
- Sedikit kicap
- Air untuk kuah
- 1/2 cawan kacang tumbuk
- minyak untuk menumis
- gula merah & garam secukup rasa
- **Bahan lain**
- 3 biji kentang sederhana besar
- 4 biji telur
- 4 keping tauhu
- 1 biji timun
- 1 biji sengkuang
- sedikit taugeh
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
- Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.
- Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
- Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
- Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk seperti dalam gambar, kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.
- Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga Kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek
- Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang dihiris. Gaulkan semuanya. Taugeh dicelur sedikit. Tuangkan kuah ke atasnya.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.