Resipi mudah dan lazat sesuai untuk sesiapa saja yg ingin menikmati paprik ayam walaupun kekurangan bahan masakan. Dah cuba nanti boleh la komen =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paprik Ayam Perantau

Resipi mudah dan lazat sesuai untuk sesiapa saja yg ingin menikmati paprik ayam walaupun kekurangan bahan masakan. Dah cuba nanti boleh la komen =)

BAHAN-BAHAN

  • 300-400 gram isi ayam
  • 2 sudu minyak masak
  • Sedikit hirisan bawang merah
  • 4/5 sudu kicap (manis atau masin)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 lobak merah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos tomato
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak.
  • Tumis hirisan bawang merah sehingga sedikit kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan kicap dan tambahkan air (pastikan digaul seketika supaya tidak melekat di kuali). Lepas tu masukkan sos tiram dan sos tomato. Gaulkan.
  • Bila dah nak masak, masukkan garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan.
  • Masukkan lobak merah yang telah dihiris halus. Gaulkan seketika.
  • Masukkan ayam yang telah dihiris halus dan gaulkan sehingga masak (dalam 7-10 minit).
  • Hidangkan dengan nasi putih panas dan jus limau. Fuh, sedap!
  • Nota – boleh juga tambah kacang pis masa letak lobak tadi dan kalau boleh, guna minyak jagung untuk menumis supaya kurang kolesterol. Kesihatan itu penting =)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN