Kek span yang dilapisi sari pandan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pandan Layer Cake
Kek span yang dilapisi sari pandan.
BAHAN-BAHAN
- Kek:
- – 250 gm campuran kek span segera
- – 4 biji telur
- – 50 ml air
- – 50 gm minyak jagung
- – 1 sudu teh ovallate
- – 2 sudu pes pandan – boleh guna pandan emulco
- Sari Pandan:
- – 400ml santan
- – 300ml air
- – 3 sudu teh serbuk agar-agar
- – 50 ml jus pandan
- 6 sudu tepung Hoen Kee (warna hijau)
- – 180gm gula
- Hiasan: kelapa parut kering
CARA PENYEDIAAN
- Kek: Campurkan semua bahan ke dalam mesin dan pukul hingga berkrim dengan kelajuan tinggi selama 6 – 8 minit.
- Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada 180C selama 50 minit.
- Bila kek sudah masak dan sejuk, potong kepada 3 bahagian.
- Larutkan tepung Hoen Kee ke dalam air pandan dan pastikan ia tidak berketul-ketul.
- Sementara itu, masukkan santan, gula, air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
- Bila mana sahaja campuran santan mendidih, tambahkan adunan tepung Hoen Kee tadi dan teruskan mengacau sehingga pekat. Matikan api dapur.
- Biarkan seketika adunan tersebut menyejuk.
- Kemudian, ratakan sedikit adunan sari pandan tadi ke atas lapisan kek pertama.
- Bila siap, tutup lapisan sari pandan dengan kek kedua. Ulang sehingga habis dan jangan lupa ratakan juga sari pandan ke seluruh bahagian kek.
- Akhir sekali, taburkan kelapa parut kering ke seluruh bahagian kek yang disaluti sari pandan tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk sebentar.
- Kek yang telah siap:
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.