Belajar dari ibu mertua. Senang, ringkas dan sedap. Dengan rasanya yang masam2 manis dan pedas sikit2…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Nenas Ala Jawa

Belajar dari ibu mertua. Senang, ringkas dan sedap. Dengan rasanya yang masam2 manis dan pedas sikit2…

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji nenas – dipotong2 dan direbus hingga lembut dan ditoskan airnya
  • Rempah tumis secukupnya – bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, dll
  • 1/2 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
  • 1/2 cawan bawang besar yang telah dikisar
  • 1/2 cawan gula merah @ gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam dan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Masukkan sekali rempah tumis – bunga lawang, dll. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan pula cili kering kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan gula merah @ gula melaka. Kacau hingga gula hancur dan menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan nenas dan kacau hingga sebati.
  • Kacau hingga kuah pekat dan semuanya sebati. Rasakan masam, masin dan manisnya. Siap…!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN