puff inti kastard

Jom cuba buat puff inti kastard campur kaya yang dikongsi oleh Aisyah Humaira di laman Facebook. Intinya sangat berkrim macam makan aiskrim vanilla!

Yang paling penting, cara penyediaannya juga sangat mudah untuk dibuat. Kalau ada tetamu tiba-tiba datang mengejut boleh cuba resipi mudah ini, pantas siap!

Anda boleh cuba resipi langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah.

Kongsi Aisyah lagi, “Rasa nak yang manis-manis, rangup-rangup.. Kalau buat Puff inti kastard campur kaya SUNSTAR masyaAllah sedap! Suka intinya sangat creamy macam aiskrim vanila!Sesuai untik hidang pada tetamu cepat, sedap dan mudah.”

Resipi Puff Inti Kastard Campur Kaya

Bahan untuk inti:

  • 300g susu full cream
  • 30g tepung kastard
  • 1 sudu besar esen creamy vanilla
  • 1 sudu kecil esen french vanilla
  • 2 sudu besar Seri Kaya SUNSTAR
  • Gula perang secukup rasa dan secubit garam
  • 300g non-dairy whipping cream

Bahan lain:

  • 2 pek kecil puff pastry dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.
  2. Kacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
  3. Setelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (Chiller).

  4. Pukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu dan masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan inti yang telah siap ke dalam Piping Bag (Beg Pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Cheesekut Mudah Guna 4 Bahan, Kisar Guna Blender Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN