Resipi sendiri. Kali pertama buat pai tak cantik sangat tapi rasanya macam pai di McDonalds.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Epal

Resipi sendiri. Kali pertama buat pai tak cantik sangat tapi rasanya macam pai di McDonalds.

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan bawah:
  • 3 cawan tepung roti/gandum
  • 2 cawan mentega
  • 4 sudu besar air suam
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 kuning telur (dipukul)
  • Inti:
  • 4/5 biji buah epal (potong nipis)
  • 2 sudu besar serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar gula (masak dengan epal)
  • 2 sudu besar gula (karamel)
  • 1 sudu besar gula (tabur atas epal)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu besar mentega (tabur atas epal)
  • 1/2 cawan mentega (karamel)
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan untuk membuat lapisan bawah sehingga menjadi doh. Balut dengan pembalut dan letak dalam peti ais sementara membuat inti.
  • Masak gula dengan mentega untuk karamel. Setelah cair, masukkan susu segar. Kemudian masukkan epal yang telah digaul dengan serbuk kayu manis terlebih dahulu. Masak selama 5 minit @ cukup sehingga epal empuk.
  • Panaskan oven.
  • Keluarkan doh tadi dan potong dua bahagian. Kemudian, canai setiap bahagian nipis-nipis (ikut besar acuan).
  • Masukkan doh ke dalam acuan. Kemudian, tuangkan epal karamel tadi. Taburkan gula di atas epal diikuti mentega.
  • Akhir sekali, letak doh satu lagi untuk menutup epal. Cucuk doh dengan garpu. Tutup atas pai dengan lapisan aluminium. Bakar 30 minit @ 210 darjah.
  • Inilah rupanya bila dah masak. Lebih cantik jika disapu kuning telur. (Saya lupa nak sapu kuning telur di atasnya!). Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN