masakan popular di negara gajah putih.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Pad Siew ?

masakan popular di negara gajah putih.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 untuk perap daging
  • 1 sb halia muda – dicincang halus
  • 3 biji bawang putih – dicincang
  • 1 sb bawang merah – dihiris
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb sos ikan
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb gula melaka @ palm sugar (boleh juga guna nisan @ gula biasa)
  • 1 sk minyak bijan
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 sb daun bawang – dicincang
  • 1/2 kg daging – dihiris nipis
  • Bahan2 lain:
  • 2 cwn thai rice noodles @ kue teow
  • 2 sb kicap pekat manis
  • 1 cwn brokoli – dihiris
  • 2 sb sos ikan
  • 1 sb gula melaka
  • 1 sb sos tiram
  • 2 biji telur – dipukul
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan2 perapan & perap bersama dgn daging lebih kurang 1 – 3 jam.
  • Rendam rice noodles di dalam air suam selama 3o minit. Kemudian bilas dgn air biasa. Panaskan air dalam periuk. Masukkan rice noodles selama 1 minit. Keluarkan dan bilas dgn air biasa sekali lagi. Toskan. Kalau suka keras sedikit, rendam sekejap sahaja. Bergantung kepada citarasa masing2.
  • Letak rice noodles dalam mangkuk dan gaulkan dgn kicap pekat manis, sos ikan, gula melaka & sos tiram. Ketepikan.
  • Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak dan goreng daging yg diperap tadi sehingga masak.
  • Masukkan rice noodles, & brokoli. Kacau sehingga sebati.
  • Buat sedikit lubang ditengah2 kuali, kemudian masukkan telur yg telah dipukul. Tunggu beberapa saat sebelum dikacau sebati bersama dgn noodles & brokoli tadi.
  • Angkat dan taburkan sedikit serbuk lada sulah. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN