Hai, saya orang baru dari Sabah, mahu kongsi resipi Paceri Nenas. Ini versi keluarga saya, cuba lah…sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Paceri Nenas
Hai, saya orang baru dari Sabah, mahu kongsi resipi Paceri Nenas. Ini versi keluarga saya, cuba lah…sedap.
BAHAN-BAHAN
- 1 biji nenas (kulit yang sudah kuning, kalau dapat yang manis, lagi baik)
- Bawang merah 2 biji
- Bawang putih 2 biji
- Udang kering setengah sudu kecil
- Serbuk kari ikan 3 sudu besar (bancuh dengan air)
- Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
- Garam, gula dan serbuk perasa sedikit
- Minyak untuk menumis 3 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
- Bawang merah, bawang putih dan udang kering ditumbuk lumat.
- Tumis bahan tumbuk dan rempah tumis hingga wangi.
- Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan nenas yang telah dipotong kecil-kecil. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
- Masak sampai nenas lembut dan keluar air. Selepas itu boleh lah dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.