Resepi mudah dari Chef Wan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Orange Pound Cake

Resepi mudah dari Chef Wan.

BAHAN-BAHAN

  • 225 g mentega atau marjerin
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A, diasingkan putih dan kuning
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
  • 2 biji oren, diparut kulitnya dan perahkan jusnya
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega/merjerin dengan gula hingga kembang atau hingga gula hancur. Masukkan parutan kulit oren terus memukul.
  • Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga habis. Terus memukul hingga gebu.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren tadi. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  • Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang dan pekat. Kaupkan putih telur ke dalam adunan kek sambil digaul sehala hingga sebati (jangan terlebih gaul).
  • Tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas kertas pada dasar tin. Bakar dalam oven yang terlebih dahulu dipanaskan pada suhu 175C selama 40 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan sesuai untuk minum petang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN