Resipi dari himpunan hidangan Aidilfitri majalah jelita tahun 2004…Bila dicuba…sedap dan teringin share kat sini….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Opor ketam
Resipi dari himpunan hidangan Aidilfitri majalah jelita tahun 2004…Bila dicuba…sedap dan teringin share kat sini….
BAHAN-BAHAN
- *6 ulas bawang merah
- *2 ulas bawang putih
- *1 batang serai
- *2 cm lengkuas
- *3 biji buah keras
- *1 sb serbuk ketumbar
- *1/2 sb serbuk jintan manis
- *1/2 sb serbuk lada sulah[kesemua bahan * dikisar/blend halus]
- —————————————
- 2~3 ekor ketam (dibersih dan dibelah 2~ikut citarasa)
- **1 sk serbuk cili (boleh lebihkan jika mahu sedikit pedas)
- **1/2 sk serbuk kunyit
- **secubit garam
- 500ml santan dari sebiji kelapa
- 1 keping asam gelugur
- 1 biji tomato (dipotong 4)
- 3 biji cili merah dipotong memanjang tanpa putus (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Perap ketam dengan bahan2 (**) lebih kurang 30 min.Kemudian digoreng terendam sehingga ketam masak.Ketepikan.
- Tumis bahan2 kisar (*) sehingga terbit bau.
- Tuangkan santan dan dikacau sekali sekala sehingga mendidih dan pekat..
- Masukkan ketam, asam gelugur, tomato dan cili potong.Kacau seketika lebih kurang 2~3 minit.Angkat dan sedia dihidang
- Sesuai dihidangkan dengan nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.