Resepi daripada emak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Onde-onde keledek

Resepi daripada emak..

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji keledek sederhana besar
  • 1 keping gula melaka
  • 1/2 biji kelapa putih
  • 1/3 cwn air daun pandan (4 helai daun)
  • sedikit pewarna hijau
  • garam sesedap rasa
  • Tepung pulut secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit ubi keledek, cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk.
  • Setelah empuk, toskan dan lecek sehingga halus.
  • Masukkan air pandan dan pewarna hijau.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tepung dimasukkan sehingga adunan boleh dibentuk bulat. Adunan tidak akan boleh dibentuk jika tepung kurang.
  • Isikan sedikit racikan gula Melaka dan
    bentukkan bulat seperti bebola kecil. Buatlah sehingga habis.
  • Didihkan air didalam periuk.Masukkan beberapa biji bebola ini dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.
    Bila ia timbul, menandakan onde-ondenya sudah masak.
  • Angkat dan gaul dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
  • Boleh dimakan untuk minum petang. Lembut sekali tepungnya.. Memang sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN