Mudah dan sedap dimakan ramai2 sambil gebang2 kat atas pangkin bawah pokok ceri….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Oat Prawns

Mudah dan sedap dimakan ramai2 sambil gebang2 kat atas pangkin bawah pokok ceri….

BAHAN-BAHAN

  • 500 g udang sederhana besar
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan pukul hingga sebati)
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan oats, atau secukupnya
  • BAHAN2 SOS MARMALADE :-)
  • 2 camca besar marmalade
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 biji cili padi merah, cincang halus
  • 1 camca teh cuka makan
  • 2 camca besar air suam
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit udang, bersihkan dan cuci. Toskan. Ambil seekor udang, gaul dengan tepung beras, kemudian bancuhan telur dan golek dengan oats hingga rata. Buat hingga siap. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Jangan goreng banyak ekor, cukup 10 – 12 ekor sekali goreng. Angkat, toskan minyak dan letak atas kitchen towel. Buat hingga siap dan hidangkan dengan sos marmalade.
  • Untuk sos marmalade, bancuh semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Kalau tak de marmalade, boleh juga ganti dengan jem apricot.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN