Saja cuba-cuba…rasa-rasa sedap juga… jadi nak kongsi sama-sama…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Salmon Pattaya

Saja cuba-cuba…rasa-rasa sedap juga… jadi nak kongsi sama-sama…

BAHAN-BAHAN

  • @sedikit brocolli – dipotong
  • @sedikit bayam – dipotong
  • @sedikit lobak merah – dihiris
  • @seulas bawang putih – dihiris
  • 1 pot nasi
  • 1/2 sudu besar cili kisar
  • 1 ulas bawang – cincang
  • Bawang besar – potong dadu
  • 1 keping ikan salmon
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Susu
  • Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Masak sayur : panaskan sedikit minyak dan masukkan semua bahan yang bertanda @. Masak hingga sayur sedikit layu. Ketepikan.
  • Tumis cili kisar, bawang besar dan bawang kecil.
  • Bila dah naik bau, masukkan ikan salmon yang dah dipotong kecil. Gaul hingga rata atau ikan masak.
  • Masukkan nasi dan garam. Gaul rata.
  • Masukkan sayur yang dah dimasak tadi. Gaul rata. Ketepikan.
  • Pukul telur dengan sedikit susu dan garam. Kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.
  • Pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar.
  • Masukkan 1~1 setengah senduk nasi di tengah-tengah telur dan lipat telur. Tutup api.
  • Terbalikkan pinggan atas kuali dan terbalikkan kuali supaya nasi terletak atas pinggan. Letak sos cili atasnya.
  • Ulang langkah 6~9 untuk baki nasi.
  • (* saya guna beras genmai, jadi warna dia coklat sikit. Kalau guna beras biasa pun ok je)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN