nasi goreng cina yang lain daripada yang lain.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Goreng Cina Kampung
nasi goreng cina yang lain daripada yang lain.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 2 biji telur (dipukul)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 genggam ikan bilis kecil(size S)
- Bahan B
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji lada merah/5 biji cilipadi (ikut kepedasan yang disukai)
- 2 ketul isi ayam (size potong 12 ambil 2 ketul)
- 3 sudu sos tiram
- 1/2 kiub pati ayam
- 2 sudu minyak
- 2 sudu mentega
- Garam
- Sayur campur (ikut suka)
- Bawang goreng
- Daun sup
- 3 cawan nasi
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan telur dan ikan bilis. Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati dan pastikan telur dan ikan bilis kering lebih kurang 5-10 minit.
- Tutup api kemudian masukkan telur tadi ke dalam nasi putih. Masukkan sedikit garam dan gaul sebati. Ketepikan.
- Dalam kuali yang sama tadi cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga naik bau dan masak.
- Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
- Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur campur dan kacau.
- Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.