Senang dibuat, sedap dimakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Bunga Kantan

Senang dibuat, sedap dimakan.

BAHAN-BAHAN

  • 3 mangkuk nasi
  • 3 sudu besar udang kering
  • 4 biji cili padi – nak pedas tambah lagi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili kering mesin
  • Lobak merah – potong dadu
  • 4 biji kacang buncis
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Isi ayam, udang atau sotong – ikut suka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk/kisar udang kering, bawang putih dan cili padi.
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
  • Setelah garing masukkan isi ayam, udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
  • Kemudian masukkan telur, kacau rata dan masukkan nasi. Letakkan garam, sos tomato & kicap.
  • Setelah masak semuanya, baru masukkan bunga kantan yang telah dihiris nipis tadi.
  • Siap untuk dihidang. Makan panas-panas dengan aroma bunga kantan yang sungguh menyelerakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN