Masakan Kelantan, masakan tradisi pagi raya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI DAGANG KELANTAN

Masakan Kelantan, masakan tradisi pagi raya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras nasi dagang
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh halba
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan kedua – dua beras,rendam lebih kurang 5 – 6 jam. Toskan.
  • Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
  • Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
  • Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan – bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
  • masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar – benar sebati.
  • Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak.
  • Sedia di nikmati bersama dengan gulai kuning ikan tongkol yang saya telah berikan resepinya sebelum ni.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN