Resipi nasi ayam paling ringkas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Mudah

Resipi nasi ayam paling ringkas.

BAHAN-BAHAN

  • Resipi yang sama, tapi saya cuba susun balik, memudahkan cara nk masak nasi ayam… – seekor ayam dibelah 4 dan bersihkan
  • 1) Sediakan satu periuk besar, masukkan air…agak-agak cukup untuk masak nasi dan buat sup
  • – Masukkan ayam, halia seketul yang diketuk, bawang putih 6-7 ulas yang ditumbuk kasar, bawang besar potong ‘wedges’, garam dan satu pokok daun sup @ saderi
  • – Rebus ayam tadi, agak-agak dah masak, tos ayam dan asingkan
  • 2) Kita masak nasi dulu, basuh beras, masak dalam periuk nasi dan masukkan air rebusan ayam tadi agak-agak cukup untuk nasi
  • – Dalam kuali, panaskan marjerin, tumis 2 biji bawang merah yang dimayang, sedikit halia, bila sudah wangi, masukkan dalam periuk nasi
  • – Jangan lupa, masuk daun pandan yang disimpul, serbuk kunyit sedikit je kemudian masak dalam periuk nasi hingga nasi pun siap.
  • 3) Lebihan air rebusan ayam tadi, masukkan kiub ayam, sup bunjut, perasakan dengan garam. Sup pun dah siap. Bila nak hidang nanti, tabur daun sup dan bawang goreng dalam sup
  • 4) Perap ayam. 4 sudu besar sos cili + 3 sudu besar kicap lemak manis + ulas bawang putih yang ditumbuk + gula + garam. Campur semua bahan ni, perapkan ayam tadi, pastikan guna penyepit masa perap ayam sebab kita nak guna lebihan sos kicap ni
  • – Saya lebih suka ayam manis sedikit, tapi terpulang pada citarasa kawan-kawan ye
  • – Perap dalam 30 minit…kemudian goreng ayam tadi. Kalau terlebih gula, ayam akan sedikit hitam
  • 5) Untuk sambal cili, kisar 1 biji tomato, 2 biji cili merah besar, 3 biji cili api merah, bawang putih seulas…kisar dengan cuka, tapi jangan banyak sangat, agak-agak boleh kisar je
  • – Perasakan sambal ikut citarasa anda…nak manis ke,nak masin ke
  • 6) Sos kicap pula kita tapis baki perapan ayam tadi, dah pun siap
  • – Ada orang suka masak lagi sos kicap ni dan campur sedikit kuah sup, terpulang pada anda lagi
  • Ada orang suka masak lagi sos kicap ni n campur sedikit kuah sup,tpulang pd anda lagi..
CARA PENYEDIAAN
  • Sudah masuk sekali bahan-bahan dan cara-cara supaya senang nak faham.
  • Boleh makan dengan timun, salad dan tomato hiris. Senang je kan? Rasa pun lain dari yang lain… Cubalah kalau tidak percaya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN