Belajar buat masa tengah sekolah dulu..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Murtabak Maggi Kaw-Kaw
Belajar buat masa tengah sekolah dulu..
BAHAN-BAHAN
- 2 biji bawang merah dihiris
- 1 bungkus Maggi (lebih afdal sekiranya menggunakan perisa kari)
- 4-5 cili padi dipotong halus
- 2 biji telur
- Mayonis atau sos cili atau sos tomato (untuk pencicah)
CARA PENYEDIAAN
- Mula-mula, rebus mi Maggi sahaja. (Jangan campur dengan perencah). Setelah mi lembut, toskan dan asingkan.
- Campurkan hirisan bawang merah, cili padi, telur, perisa Maggi dan mi ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan kuali (lebih elok menggunakan kuali yang kecil sahaja – untuk mendapatkan murtabak yang tebal). Masukkan sedikit minyak dan ratakan minyak pada permukaan kuali tadi.
- Setelah minyak panas, masukkan campuran tadi dan ratakan pada permukaan kuali. Jangan balikkan selalu, dikhuatiri pecah pula.
- Setelah permukaan murtabak garing, bolehlah diangkat dan dihidangkan panas-panas bersama mayonis atau sos.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.