Lembut dan gebu, sesuai untuk semua peringkat umur.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Moist Chocolate Chiffon
Lembut dan gebu, sesuai untuk semua peringkat umur.
BAHAN-BAHAN
- BAHAN A:-
- 100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
- 1/2 camca teh soda bikarbonat
- 1/2 camca teh serbuk penaik
- 1 camca teh esen vanila
- 50 ml minyak jagung
- 4 kuning telur (gred A)
- 60 g gula halus
- 1 camca besar coklat emulco*
- 30 g serbuk koko*
- 100 ml susu segar – disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)
- BAHAN B:-
- 4 putih telur (gred A)
- 120 g gula halus
- 1/2 camca teh krim tartar
CARA PENYEDIAAN
- Dalam satu bekas. Satukan kesemua bahan A hingga sebati. Ketepikan.
- Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti krim tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi ‘meringue’ yang kental.
- “Kental” disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yang terhasil kukuh dan tidak terlentuk. Seperti dalam gambar.
- Ambil sebahagian ‘meringue’ tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
- Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan ‘meringue’ dan dengan perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
- Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yang telah dialas dasarnya dengan kertas minyak dan disapu dengan mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu disapu mentega hanya dasarnya sahaja.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dengan pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka…Gambar menunjukkan acuan kek chiffon berukuran 23 cm yang saya gunakan untuk resepi ini. Selamat mencuba……
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.