Resipi ciptaan sendiri…menggunakan roti pita sebagai asas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini Pita Pizza

Resipi ciptaan sendiri…menggunakan roti pita sebagai asas.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji roti pita
  • 200 gram nenas dalam tin (dadu kecil)
  • 10 sudu besar mayonis
  • 100 gram isi ayam (cincang)
  • Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • 1/2 labu bawang besar (dadu kecil)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 10 sudu besar sos tomato
  • 5 susu besar sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • Parutan keju mozarela secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan sos cili dan tomato dalam satu bekas. Kemudian sapukan dia atas roti pita. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam, nenas dan bawang besar. Biarkan sebentar.
  • Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Gaul rata hingga masak.
  • Letakkan bahan-bahan yang telah dimasak tadi di atas roti pita. Sapukan mayonis dan taburkan parutan keju di atasnya.
  • Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius hingga keemasaan. Lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  • Siap untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN