Puff yang sesuai dihidangkan dlm majlis keramaian… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Mini Chocolate Eclair™

Puff yang sesuai dihidangkan dlm majlis keramaian… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan mentega (1/4 buku)
  • 1 sk gula halus
  • 1/2 cawan tepung gandum – diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk esen vanilla
  • INTI CUSTARD :-
  • 550 ml susu segar
  • 90 g gula pasir
  • 60 g tepung custard
  • 1 sb mentega/majerin
  • CHOC. GLAZED :-
  • 100g dark chocolate
  • 30 g mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.
  • Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 min.Biarkan adunan suam.
  • Masukkan esen dan telur satu-persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya sebesar 1/2 inc. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.
  • Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing2.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
  • Isi puff dengan inti custard dan hias dengan choc cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi choc. ecalir jika suka.
  • Untuk inti custard….masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.
  • Utntuk choc. glazed…campur kedua bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping2 puff berinti dan celupkan permukaannya dgn choc. cair atau boleh disiramkan saja choc. cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2… :)
  • Simpan mini choc. eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan,

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN